KECEDERAAN SAKIT BELAKANG DAN RAWATAN

Pengenalan

Sakit belakang merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering dialami ramai individu dan boleh mengganggu aktiviti harian. Ia tidak mengenal usia atau jantina, malah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, khususnya bahagian bawah.

Tanpa disedari, gaya hidup seperti duduk lama di hadapan komputer, berdiri terlalu lama, posisi duduk yang salah, cara berjalan dan teknik mengangkat barang juga menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.

Punca-Punca Sakit Belakang

Punca 1: Faktor Pekerjaan

Golongan pekerja pejabat sering terdedah kepada sakit belakang kerana mereka duduk atau berdiri dalam posisi yang tidak sesuai untuk tempoh yang lama. Kajian menunjukkan bahawa individu yang duduk melebihi 7 jam sehari mempunyai risiko tinggi untuk mengalami sakit belakang.

Selain itu, pekerja yang sering mengangkat barang berat secara membongkok turut berisiko kerana postur tersebut memberi tekanan kepada bahagian belakang badan, lebih-lebih lagi jika dilakukan secara berulang tanpa teknik yang betul. 

Punca 2: Kehamilan

Kenapa wanita hamil kerap mengalami sakit belakang?

Menurut kajian, dianggarkan antara 50 hingga 70 peratus wanita hamil mengalami masalah sakit belakang. Keadaan ini biasanya bermula apabila kandungan memasuki trimester kedua. Pada waktu ini, tulang belakang akan melengkung ke belakang bagi menyokong berat janin yang semakin bertambah. Perubahan ini memberi tekanan kepada otot-otot di bahagian belakang, yang seterusnya menimbulkan rasa tegang dan sakit.
Selain itu, beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah sakit belakang semasa hamil termasuklah:

• Perubahan hormon dalam badan
• Peningkatan berat badan
• Tekanan emosi

Punca 3: Slip Disc

Apa itu Slip Disc?

Slip disc, atau nama perubatannya prolapsed intervertebral disc (PID), berlaku apabila cakera lembut (tulang rawan) yang berada di antara tulang belakang tergelincir keluar dari kedudukan asalnya. Keadaan ini boleh menekan saraf tunjang (spinal cord) dan menyebabkan ketidakselesaan.
Tekanan daripada cakera yang menonjol ini boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian belakang dan kesakitan itu juga boleh merebak hingga ke kawasan pinggul serta belakang paha.

Antara faktor yang boleh menyebabkan slip disc termasuk:
• Proses penuaan atau perubahan degeneratif pada tulang belakang
• Berat badan yang berlebihan (obesiti)
• Teknik mengangkat barang yang tidak betul
• Postur badan yang kurang baik – seperti kerap membongkok
• Kurangnya aktiviti fizikal atau senaman

Tip 1: Penggunaan Computer Secara Ergonomik

Tip 2: Postur Berdiri Yang Betul

Tip 3: Posisi Agnkat Barang Yang Betul

Senaman Untuk Sakit Belakang

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *