Rawatan
Sakit Leher
Bayangkan betapa nikmatnya hidup tanpa gangguan sakit leher—bekerja di pejabat dengan lebih fokus, memandu dengan tenang tanpa risau rasa sakit datang tiba-tiba, dan menikmati tidur yang lena tanpa terjaga kerana ketidakselesaan.
Namun, apabila sakit leher berlarutan hingga menyukarkan pergerakan, seperti sukar menoleh ke kiri dan kanan, ia boleh mengganggu kelancaran aktiviti seharian. Jangan biarkan kesakitan menjadi penghalang untuk menikmati gaya hidup yang lebih sihat dan produktif. Penyelesaian terbaik adalah mendapatkan rawatan yang sesuai dan berkesan.
Kami memahami betapa mencabarnya apabila ketidakselesaan fizikal seperti ini menjejaskan kehidupan harian anda. Oleh itu, penting untuk mengambil langkah yang tepat bagi mengembalikan semula keselesaan dan kebebasan bergerak.
PERHATIKAN JIKA ANDA MENGALAMI GEJALA BERIKUT:
- Leher terasa tegang hingga sukar menggerakkan kepala.
- Rasa sakit atau kebas di sekitar leher dan bahu.
- Kesakitan yang merebak ke bahu, lengan, jari, atau kepala.
- Kebas atau kelemahan pada bahu, lengan, atau jari.
- Rasa tidak selesa ketika menggunakan komputer, memandu, atau tidur.
PUNCA SAKIT LEHER:
- Postur badan yang tidak betul.
- Duduk terlalu lama di meja atau menggunakan komputer tanpa mengubah posisi.
- Tidur dalam kedudukan leher yang tidak sesuai.
- Kecederaan akibat terjatuh, kemalangan, sukan, atau whiplash.
- Tabiat menggerakkan leher secara tiba-tiba atau berlebihan.
Rawatan Sakit Leher di TruPhysio
Terapi Manual
Hands-on approach oleh Terapi fizikal yang menggunakan pergerakan mahir dan manipulasi sendi dan tisu lembut untuk merawat kesakitan muskuloskeletal dan meningkatkan mobiliti.
Electrotherapy
Elektroterapi dalam fisioterapi melibatkan penggunaan arus elektrik untuk merawat kesakitan, kelemahan otot dan keadaan lain dengan merangsang saraf dan otot.
Dry Needling
Rawatan moden ini melibatkan tusukan jarum filiform ke dalam ‘trigger point’ atau pada kawasan otot yang ketat atau bersimpul. ‘Dry needling’ dapat membantu melepaskan simpulan dan melegakan sebarang sakit otot atau kekejangan.
Pergerakan dan Senaman
Senaman fizikal untuk meningkatkan kekuatan, pergerakan, dan keseimbangan.
Kepercayaan Orang Ramai Terhadap TruPhysio
0
Jumlah Menerima Rawatan di TruPhysio
0
