Rawatan
Kecederaan Sukan

Kecederaan sukan berlaku semasa seseorang terlibat dalam aktiviti sukan. Kebanyakan kes berpunca daripada tekanan berulang, penggunaan berlebihan, terjatuh, atau trauma. Kecederaan ini boleh menjejaskan tulang atau tisu badan seperti ligamen, otot, dan tendon.
Mereka yang mengalami kecederaan sukan mungkin berdepan komplikasi seperti kesakitan yang teruk, bengkak, kesukaran bergerak, atau ketidakstabilan yang menghalang aktiviti fizikal. Fisioterapi memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan kecederaan akibat sukan serta senaman.

Di TruPhysio, kami turut menyediakan rawatan pemulihan bagi kecederaan sukan untuk membantu anda kembali aktif ke tahap prestasi yang optimum.

Tumit terseliuh, kecederaan hamstring, kecederaan ligamen/ACL, Meniscus Tear, masalah bahu, dan lain-lain masalah kecederaan sukan.

Rawatan Kecederaan Sukan di TruPhysio

Terapi Manual

Hands-on approach oleh Terapi fizikal yang menggunakan pergerakan mahir dan manipulasi sendi dan tisu lembut untuk merawat kesakitan muskuloskeletal dan meningkatkan mobiliti.

Electrotherapy

Elektroterapi dalam fisioterapi melibatkan penggunaan arus elektrik untuk merawat kesakitan, kelemahan otot dan keadaan lain dengan merangsang saraf dan otot.

Dry Needling

Rawatan moden ini melibatkan tusukan jarum filiform ke dalam ‘trigger point’ atau pada kawasan otot yang ketat atau bersimpul. ‘Dry needling’ dapat membantu melepaskan simpulan dan melegakan sebarang sakit otot atau kekejangan.

Pergerakan dan Senaman

Senaman fizikal untuk meningkatkan kekuatan, pergerakan, dan keseimbangan.

Kepercayaan Orang Ramai Terhadap TruPhysio

0

Jumlah Menerima Rawatan di TruPhysio

0

Jumlah Sesi Rawatan di TruPhysio

Perlukan Nasihat
TruPhysio?

Fisioterapi bekelulusan tinggi bertaraf degree dan master serta berpengalaman lebih 5 tahun sedia membantu dan menyelesaikan masalah sakit anggota badan anda.