Rawatan
Sakit Belakang
Hidup tanpa sakit belakang membawa keselesaan dan keseimbangan dalam kehidupan seharian. Betapa seronoknya dapat bekerja di pejabat tanpa gangguan kesakitan, mengangkat barang dengan yakin tanpa rasa takut mencederakan belakang, serta menjalankan aktiviti harian di rumah dengan lancar dan tanpa kesakitan.
Masalah belakang seperti kesakitan yang berpanjangan atau kesukaran untuk membongkok boleh menjadi satu cabaran besar kerana ia menghadkan pergerakan dan rutin harian. Jangan biarkan sakit belakang menjadi penghalang untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Rawatan yang tepat dan profesional adalah kunci untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan.
Kami memahami betapa sukarnya apabila mengalami masalah fizikal seperti ini, yang menjejaskan keselesaan dan kelancaran aktiviti harian anda.
PERHATIKAN JIKA ANDA MENGALAMI GEJALA BERIKUT:
- Sukar menjalankan aktiviti harian akibat sakit belakang?
- Ingin tidur lena tetapi terjaga kerana sakit belakang yang berdenyut?
- Rasa kebas pada belakang yang kadang-kadang merebak ke pinggang dan paha?
- Mahu bekerja tetapi terganggu akibat pergerakan yang terbatas?
- Duduk terlalu lama atau berdiri lama menyebabkan rasa sakit?
PUNCA SAKIT BELAKANG:
- Postur badan yang tidak betul.
- Pekerjaan harian yang memerlukan anda mengangkat objek berat.
- Gaya hidup tidak aktif yang melemahkan otot & menyebabkan sakit belakang.
- Jatuh atau mengalami kecederaan.
- Tekanan kerja yang menyebabkan ketegangan otot.
Rawatan Sakit Belakang di TruPhysio
Terapi Manual
Hands-on approach oleh Terapi fizikal yang menggunakan pergerakan mahir dan manipulasi sendi dan tisu lembut untuk merawat kesakitan muskuloskeletal dan meningkatkan mobiliti.
Electrotherapy
Elektroterapi dalam fisioterapi melibatkan penggunaan arus elektrik untuk merawat kesakitan, kelemahan otot dan keadaan lain dengan merangsang saraf dan otot.
Dry Needling
Rawatan moden ini melibatkan tusukan jarum filiform ke dalam ‘trigger point’ atau pada kawasan otot yang ketat atau bersimpul. ‘Dry needling’ dapat membantu melepaskan simpulan dan melegakan sebarang sakit otot at au kekejangan.
Pergerakan dan Senaman
Senaman fizikal untuk meningkatkan kekuatan, pergerakan, dan keseimbangan.
Kepercayaan Orang Ramai Terhadap TruPhysio
0
Jumlah Menerima Rawatan di TruPhysio
0
